Wednesday, October 29, 2014

You won't believe how easy it is to identify great minds





I have been postponing to change the template and today i have got the chance.

After i did all the work involving beautifying the template, i decided to check on kuizikel's blog. Been reading from mobile all these while.

And bam!

We are using the same template. well great minds think alike.

He he he.

Anyway i am not changing the template. She has got better content. Mine is just random thoughts.

So i'll stick to the template as for now.

nah kui, aku bagi link percuma pada kau. (as if aku banyak reader, lol)

Apa saya perlu tahu sebelum membeli emas?

Nota: saya copy nota ini dari komen Tuan Faizal Abu Qayyim, Nubex.



Harga emas
juga berbeza berdasarkan jenama. Setiap jenama meletakkan premium yang berbeza-beza untuk produk-produk keluaran mereka. Antara jenama-jenama besar yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) di dalam “Good Delivery List” ialah PAMP, Perth Mint, Valcambi, Argor-Heraeus, Istanbul Gold Refinery, Johnson Matthey, Metalor, Umicore, OPM, dan lain-lain.

Pembeli bebas memilih jenama apa yang paling rendah premium nya dari harga lani (spot price). Bukan semua jenama yang premium nya rendah atau tinggi untuk setiap denominasi.

Contohnya PAMP Suisse digemari kerana premium nya yang rendah dari harga spot untuk denominasi 100g dan ke atas. Untuk denominasi 100g ke bawah, secara umum premium nya lebih tinggi berbanding jenama2 utama yang lain.

Secara umumnya harga boleh didapati dengan lebih murah berdasarkan perkara2 berikut:

1) Denominasi
2) Volume (pukal)

TETAPI, harus diingat, ianya menjadi lebih murah apabila denominasi yang dibeli adalah denominasi yg kecil.

Apabila kita bercakap tentang kilobar, half kilobar, atau 100g cast bar, belian secara pukal tidak akan atau tidak membantu dari segi pengurangan harga kerana harga2 denominasi tersebut sudah terlalu dekat dengan kos dan spot price.

Pembelian yang bijak adalah pembelian yang dilakukan secara teliti dan tanpa terburu-buru selepas kajian sewajarnya dilakukan.

Antara maklumat terpenting yang perlu diambilkira ialah:

1) Berapakah caj / kos / premium untuk barang emas tersebut berbanding harga spot?

Pilihan terbaik adalah yang paling hampir dengan harga pasaran spot;

2) Berapakah kos upah (workmanship) yang dikenakan untuk barang emas terbabit? 

Ini amat relevan terutamanya untuk emas perhiasan. Sesetengah penjual juga TIDAK memasukkan kos upah ini pada paparan harga barang emas yang dijual. Sila pastikan hal ini sebelum pembelian dilakukan;

3) Elakkan dari terpengaruh dengan kempen julat atau “spread” harga yang rendah.

Sesetengah penjual mendakwa julat antara harga jualan dan harga belian mereka adalah yang terendah di pasaran.

Perlu diingatkan bahawa tawaran itu hanya laku sekiranya penjual tersebut masih lagi aktif di pasaran. Sekiranya penjual tersebut tidak wujud lagi di pasaran, “spread” tersebut tidak akan dipenuhi oleh penjual lain.

Justeru, perkara pertama yang perlu dikaji terlebih dahulu adalah perkara No. 1 di atas iaitu premium atau perbezaan harga di antara harga jualan yang ditawarkan oleh penjual dengan harga spot atau harga pasaran hadapan.

posted from Bloggeroid

Babywearing kids









Sawda diy her own baby wearing gear using a Kain buaian she found at the shop.

My staff gave her Pooh today. She was playing alone when I caught her in the gear she made herself, unassisted.

It's true that monkey see, monkey do. So parents, don't act like a monkey, else your kids will be one too. :))
posted from Bloggeroid

Personal tutors at home

Kids get new teachers now. Ustazah Hamiza and her husband ustaz anuar.



Umar and Hamzah now learn with them 3 days a week. They focus on hidfh, Arabic, Quran studies.

We pay the teachers on hourly basis. Honestly, I think they are underpaid (if we are to value their time, we definitely couldn't afford them).

Alhamdulillah, kids are happy and the
teachers so far are doing great. I hope we would be able to have them for at least a year.

Please pray for us.
posted from Bloggeroid

Tuesday, October 14, 2014

Octoberfest 2014

Oktoberfest

1. Isu penganjuran Oktoberfest oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di beberapa lokasi di Malaysia perlu dilihat bukan sahaja dari sudut agama.

2. Kita semua maklum bahawa pengambilan minuman beralkohol boleh memudharatkan kesihatan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan manusia. Bukan sahaja ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan individu, malahan mengganggu gugat kerukunan rumahtangga, masyarakat dan keselamatan umum. Hakikatnya, hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya.

3. Telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah dari dispilin sains dan psikologi yang menunjukan dengan jelas bahawa gejala pengambilan serta penagihan minuman beralkohol merupakan salah satu faktor sesetengah jenayah serta keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat.

4. Aktiviti paling penting dalam penjualan alkohol adalah aktiviti pemasaran. Para pengeluar kini cuba memasakkan imej kejayaan dan cool kepada peminum minuman beralkohol. Untuk mengekalkan pasaran mereka pula, syarikat-syarikat alkohol mesti terus melabur dalam pengiklanan dan promosi; meluaskan pasaran, mereka perlu menggalakkan peminum untuk menukar jenama atau meningkatkan pengambilan mereka, atau memujuk "nondrinkers" untuk mula berjinak-jinak untuk minum. Anak-anak muda adalah salah satu sasaran untuk perniagaan mereka.

5. Justeru, penganjuran program sebegini tidak lain dan tidak bukan adalah taktik pemasaran syarikat-syarikat alkohol yang berselindung disebalik nama kebudayaan dan pelancongan.

6. Sekiranya dikaji, tiada satu pun alasan untuk penganjuran Oktoberfest di Malaysia. Kita tidak ada alasan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan putera mahkota Bavaria pada kurun ke-19. Sambutan di beberapa negara main seperti di Hong Kong, Canada, Sweeden dan Brazil hanyalah satu pesta hujung minggu yang dipenuhi arak, hiburan dan makanan.

6. Keizinan dari pihak berkuasa membenarkan penganjuran program ini dan turut mempromosikan tentangnya membuktikan betapa mereka gagal untuk menjalankan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat dan bertanggungjawab diatas kebejatan sosial yang sedang dan bakal berlaku.

7. Apakah kita mahu generasi muda kita terjebak kepada penagihan alkohol dikemudian hari?

8. Apakah kita mahu membiarkan sahaja perkara ini menjadi norma kehidupan masyarakat Malaysia dan kelak kita juga yang akan merasai natijahnya?

9. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak agar membuat muhasabah segera, bagi mengenal pasti kelemahan dan kesilapan masing–masing yang menyebabkan terjerumusnya sebahagian anggota masyarakat ke dalam kemelut gejala sosial.

10. Kita perlu mengorak langkah secara bersepadu untuk menghadapi ancaman gejala sosial yang semakin parah ini.

11. Kita mesti menolak sepenuhnya pengajuran program seumpama ini hari ini dan dimasa hadapan.

posted from Bloggeroid

Monday, October 13, 2014

Saturday, October 11, 2014

Friday, October 10, 2014

International babywearing week 2014

Happy IBW2014!

The Melaka& Negeri Sembilan Babywearers organized a get together at Taman Pahlawan, near Dataran Pahlawan today.

I got to meet Cikgu Wawa Knzwa, anis Shafian and Kak Amilia Jaafar at the get together.

There were plenty of wraps, slings and ssc to try on. I really wanted to try some wrap but was too lazy to bw zaynab. The shoulder ached after few tries.



Anyway, we arrived just in time to watch the demonstration by kak izam. Being the visual and auditory learner, that was a great learning experience for me.

Thanks to the organizer and admins. May Allah accepts your deeds!



[]

posted from Bloggeroid