
Ah lega kepala otak dapat jalan-jalan tadi. Terbeban dengan masalah IIS (web publishing, bukan stesen kat angkasa tu) aku memang perlukan retreat.
Tak beli apa pun. Duit yellek. Tadi pun minta belas kesian sang suami.
Budget agak ketat (tight budget) dan menyeksakan 5, 6 bulan ni. Aku jangkakan hingga september nanti. Selepas itu, loan bayar duit scholar (cerita lain kali) akan selesai.
Yabedabedu!
Aku memang cukup menyampah bila berhutang. Rasa terbeban sangat. So far aku berjaya minimakam hutang. Tapi kereta tu tak dapeklah nak nolong.
Mak aku ukur kekayaan orang dari keretanya. Semakin besar kereta, dan semakin banyak kereta maka kayalah orang tu. Tapi dia tak tau yang tuan punya kereta semput nak membayar. Heh.
Tapi yang aku cerita ni bukan semua. Ada yang elok, beli cash pun mampu. Cuma tak mahu, nanti kena kejar lembaga. Hehe. Bukan lembaga hantu ke jembalang. Lembaga hasil dalam negeri.
Oh dah ngantuk. Dua kali aku terlelap. Tata titi tut
0 comments:
Post a Comment