Friday, May 1, 2009

one in a million

wah, tomok jadi jutawan malam nih. mula2 dah terkeluar, aku pun jadi suspen dan konon tak mau tengok IOAM malam ni, eh sekali ada pulak talian hayat.

hehe, siapa sangka peluang kedua bisa membuahkan hasil ya?

tahniah la tomok, aku tumpang tengok je malam nih, :)

esok hari yang agak sibuk, dengan wedding lagi, dengan akak aku nak balik dari JB, adik aku pula ada di rumah mak, dgn biras ajak jumpa di Bangi.

Wah, macam YB.

Cerita pasal YB, sang suami ni lately sibuk la sangat dengan kerja2 parti. Hampir setiap malam ada sahaja aktiviti. Baru-baru ni dia ada cakap pasal Mesyuarat Dewan Harian. Dia kata, ahli dewan harian ada dalam berpaa orang ntah, kurang daripada sepuluh orang. Jadi dia nak cadangkan buat mesyuarat kat rumah kitorang je.

Pada aku tak ada masalah kalau meeting tu waktu siang, yelah, waktu aku tiada. Eh, Dewan Harian ke namanya?

"Yang, nanti korang meeting hari-hari ke?"

Sang suami gelakkan aku cukup-cukup time tu. Btw, nama sahaja dewan harian, tapi takde la meeting hari-hari.

:P

Gelakkan lah, saya takkisah. Mana nak cari isteri yang boleh digelakkan hari-hari, saya kan one in a million.


0 comments: