Semalam sang suami ke putrajaya. Aku rasa setiap hari selasa ada pasar tani kat putrajaya kot. Sang suami balik dengan plastik berbondong-bondong. Ada kek batik, ada selipar ben10 utk umar dan hamzah, ada 4 pasang tudung baru untuk aku beraneka warna _w00t_, and yang paling best, ada baju kurung untuk sawda.
Mula-mula macam risau gak, boleh ke kak nam kita ni pakai baju kurung. Sekali tengok, wah muat2 sahaja.
Abahnya tu sibuk dengan anak perempuannya. Almaklum, anak perempuan sorang (ke baru sorang? tu aku tak pasti, hehe). Tapi semalam sang suami cakap, ni lah anak korek abah. Buat yang tak tahu, anak korek tu anak bongsu lah.
Hehe, sudah bongsukah? Kah? Kah?
Tak habis disitu, bila dilihat Sawda pakai baju kurung tu, dia sambung lagi, "Macam ni lah baru nampak macam perempuan".
Hehe, macam-macam.
Weekend ni ada wedding anak buah sang suami di BP, aku tengok dalam facebok tadi sang suami kata baju kurung itu persiapan untuk wedding Yin. Semangat.
:P
Tapi yang tak berapa nak syioknya, sangsuami ni berkenan la amat dengan warna hijau. Kalau nak tahu, dari kahwin tahun 2003 dulu, sampai la sekarang ni, asal raya je temanya hijau.
Baju melayu si hamzah pun hijau je manjang, cuma shade je berubah-ubah sikit.
Hai, bila nak tukar kaler bang oii?

13 comments:
comella sawda ni...bam bambam...
haha, muka dia makin lama makin melebar.
comel la sgt!!!!
mcm Intan dgn abah dia je..... sudahnya anak pompuan mmg ngam kot dgn abah.
erk...tak kan dah last...muda lagi tu
isshh..wawa, mana leh sawda last...ader lg tuh..
korek tu bahsa mana? haha.
oo kat putrajaya ari slase.
kalau kat cyberjaya ari jumaat.
org pas mestilah suka color hijau. tak gitu? :)
btw she'll grow up being apple of daddy's eye la kan.. bujangs berdua tu apa khabar?
setiap Selasa dan Jumaat pasar taninya
kak awie, comelkan? (matikla puji anak sendiri. heheh)
kak jie, manja ya amat dengan abah. Nampak je wah hulur tangan. mungkin tak last, tapi nak gap sikit le.
aimi, entah bahasa mana, i tahu pun dari husband gak. slanga kot.
kak kay, tu mmg anak kesayangan abah la tuh. bujang berdua dah buat entry khas utk diorang. hehhe.
apz, wah camni kalau nak ke putrajaya mesti nak tgk hari dulu supaya boleh prgi pasar taninya.
:)
bukan korek ka
"koret"
wahhh....xkanlar dah bongsu?? hehehe...
alahai pakdek nih.....cam mokde plak manjang ijau..
yang, koret ke? hehe. nanti saya betulkan.
vouge, cakap2 je tu. skrg pakdek fazal pun dah berisi, nak kena lawan nih. hahahha.
oh lupa, kakcik (makude) pun suke hijau ek, sampai merc dia pun kaler hijau. hehhe.
Post a Comment