Aku buat satu ruangan catitan kat whiteboard dirumah untuk pencapaian puasa Umar.
Kalau dilihat hari pertama wah hebatnya. Sampai pukul 1.15 petang dapat tahan. Tapi kenapa hari kedua wah dahsyatnya. 9.45 pagi dah berbuka?
Hari pertama dia bangun pukul 10.30 pagi. Begitu begini dapatlah tahan sampai pukul 1. Dia tak bersahur dan demam pula. Aku yang beria-ia suruh makan takut perut masuk angin, satu hal pulak aku nak layan.
Semalam, dia bangun betul-betul lepas orang Azan Subuh. Masa orang sahur, aku cuba kejutkan, tak sedar langsung. Jadi dari Subuh hingga ke pukul 9.45 tu agak lama jugaklah. Kena pula last dia makan semalam ialah waktu kita berbuka.
Aku nak paksa-paksa, badan dia tak berapa nak sihat. Umar ni kalau tak sihat, naya. Muntah, cirit-birit, merengek cukup lengkap pakej dia. Lagi satu, kalau hari sekolah senang sikit. Di Pasti, semua orang berpuasa juga. Sekurang-kurangnya, separuh hari pasti berjaya.
Anyway, yang aku tekankan ialah, masa bulan Ramadan, apabila Umar minum atau makan yang pertama lepas waktu Subuh, dia perlu buat catatan. Biarlah waktu direkod tak elok dan sekejap sahaja, yag penting jujur.
Aku tak mahu depan kita dia bersungguh-sungguh kononnya puasa, tapi curi-curi makan belakang kita. Takutkan Allah bukan takut kat orang, itu yang utama.
Harap-harap ilmu ini berguna untuk dia.
:)
3 comments:
a'a bdk2 laki ni takutkan..kecik2 posa, nanti masuk asrama jd hantu! harap taklah. and if ayahnya posa, insyaAllah they will follow too.
btw anak i bgn tgh hari so mkn ke minum susu at 2-3pm, so leh kira halfday la tak? bila i usik2 dia, sibuk dia nk muntahkan food in tummy sbb nk posa gak :)
i think kalau nak didik anak lelaki, kena ada strong father figure.
father has to the idol kan?
umar pun aritu masa 1st day, dia dah makan pukul 1.15, lepas tu dia boleh kata dia sambung puasa.
memangla larat sebab dah makan nasi sepinggan.
:)
hmmm interesting....nak wat jadual camtu gak la tuk anisah
Post a Comment