Monday, August 24, 2009

Resepi Biskut Kacang Mozilla

Dah dua tiga hari sang suami tanya tentang kuih raya. Niat dihati dia kononnya nak buat kuih sejenis dua untuk raya tahun nih.

Aku pun ada niat nak buat kuih sendiri. Tapi kan yang, kita tak ada tempat bakar. Beli yang murah2 macam jenama butterfly kat rumah mak pun ok jugak.



Anyway yang aku pasti Sang suami nak buat Biskut Kacang Mozilla Mazola. Itu favourite dia lah tu. Aku nak buat yang mudah-mudah sahaja. Maybe biskut cornflakes, sebabtak pakai tepung. Malas nak uli2 ni semua.

Jadi kalau nak buat biskut mazola kena ada resepi. Google-google rupanya ada kat blog suami. Hehhe.

Tak apalah, bubuh sekali lagi untuk kesenangan diri.

Ini dia

Bahan Bahan

1 kilo tepung gandum (diayak)
1 ½ cawan gula halus
2 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
1 botol minyak jagung mozilla (size kecil)
Telur merah utk hiasan

Kaedah

Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata.
Kemudian tuangkan minyak jagung mozilla sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan.
Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka.
Sapukan telur merah diatas biskut supaya ia kelihatan berkilat.
Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan.
Selamat Mencuba......



Selain itu, aku mesti juga nak buat cheese cake untuk raya. Wah hebatkan cita-cita?

4 comments: