Tuesday, September 1, 2009

One missed call

Ini bukan entry cerita hantu. Apa kes bulan2 Ramadan cerita hantu. Setan semua dah kena ikat.

Sekarang kan telco ada service sms missed call kan. Macam celcom, kalau ada missed call nanti dia sms bagitau

Missed call(s) from xxxxxxxxx (8:39pm 31/8)


Lepas tu kita ni semenjak dua menjak guna handphone, takde nya nak ingat nombor. Mulalah terkulat-kulat memikir sapa yang call kita ni.

Jadi kenalah ingat nombor kat sms tu dan dail semula. Kadang-kadang tu cuak takut-takut nombor tu mmg nombor yang kita nak avoid. Tapi sebab nak tahu nombor siapa, terpaksalah dail juga.

Sudahnya, nanti kita pulak buat missed call kat dia.

Kalau Maxis (ke hotlink eh?) yang mak aku guna lagi syok. Lepas kita call tapi tak dapat, nanti akan dapat sms notification untuk call semula bila nobor tu dah boleh dihubungi.

Nombor yang anda dail tadi (ganti dengan nombor) sudah boleh dihubungi.
Sila hubungi sekarang.


Macam tu le ayatnya. Aku pun ingat-ingat lupa. Tapi aku tak main-main. Bukan cubaan. Ini betul-betul.

Anyway, sebenarnya nak cerita, handphone aku boleh buat carian guna sebahagian nombor yang kita masukkan.

Bestkan.

Mungkin handphone lain pun boleh, tapi nak cerita jugak Sony ericsson C510 aku pun boleh.

So belilah handphone macam handphone saya. Cuma masalah kualiti gambar tu tak dapek den nolong.

:)

Sekian khidmat masyarakat petang ini.

3 comments:

mum2h said...
This comment has been removed by the author.
mum2h said...

dah jadi duta sony erricson pulak

Wawa said...

haha

unpaid spokeperson.

hehhehe.