Wednesday, July 1, 2009

E!


Gilo. Banyak nau e! Semuanya nak e. E-aduan, e-borang, e-peralatan and etc.

E geram, e stress, e tension tau!

Meeting madness


Asyik meeting je ganti orang. Nasib baik ada 2 pegawai, jadi boleh pilih2 meeting mana nak masuk.

Umar kata kat aku, kalau mak kerja dengan abah kan senang. Kurang meeting.

Tapi macamana, bakal bos baru tak pernah bersuara panggil interview pun.

:(

Syawal Datang Awal Tahun Ini



Semalam sang suami ke putrajaya. Aku rasa setiap hari selasa ada pasar tani kat putrajaya kot. Sang suami balik dengan plastik berbondong-bondong. Ada kek batik, ada selipar ben10 utk umar dan hamzah, ada 4 pasang tudung baru untuk aku beraneka warna _w00t_, and yang paling best, ada baju kurung untuk sawda.

Mula-mula macam risau gak, boleh ke kak nam kita ni pakai baju kurung. Sekali tengok, wah muat2 sahaja.

Abahnya tu sibuk dengan anak perempuannya. Almaklum, anak perempuan sorang (ke baru sorang? tu aku tak pasti, hehe). Tapi semalam sang suami cakap, ni lah anak korek abah. Buat yang tak tahu, anak korek tu anak bongsu lah.

Hehe, sudah bongsukah? Kah? Kah?

Tak habis disitu, bila dilihat Sawda pakai baju kurung tu, dia sambung lagi, "Macam ni lah baru nampak macam perempuan".

Hehe, macam-macam.

Weekend ni ada wedding anak buah sang suami di BP, aku tengok dalam facebok tadi sang suami kata baju kurung itu persiapan untuk wedding Yin. Semangat.

:P

Tapi yang tak berapa nak syioknya, sangsuami ni berkenan la amat dengan warna hijau. Kalau nak tahu, dari kahwin tahun 2003 dulu, sampai la sekarang ni, asal raya je temanya hijau.

Baju melayu si hamzah pun hijau je manjang, cuma shade je berubah-ubah sikit.

Hai, bila nak tukar kaler bang oii?