After a long weekend, i am going to have a short weekday this week. Banyak kerja nak disiapkan. Harap-harap sihat sejahtera diofis.
Plannya nak cuti lagi jumaat ni. Jadi kerja-kerja yang nak diselesaikan perlu dipadatkan dalam masa 3 hari.
Woot. Kerja 3 hari. Yuhuu.
Asalnya minggu lepas, aku bercadang memilih waktu kerja anjal WP1. Pejabat aku baru nak implemen waktu anjal nih. Kalau perlu pejabat dibuka jam 7.30 - 5.30, seseorang kena berkorban masuk awal kerana kebanyakan staf unit aku mahu masuk macam biasa atau pun masuk jam 8.30.
Jadi orang yang dekat-dekat ni perlulah beralah. Hehe. Masuk jam 7.30 balik 4.30 petang syok juga. Boleh balik bermain dengan anak-anak cepat sikit.
Tapi bila ditanya pada CC, dia kata tak wajib buka ofis pukul 7.30 kalau tak ada yang pilih nak masuk awal. Maka, aku pun pilih semula WP2. Masuk macam biasa.
Ada baik dan tak baiknya pilih masuk awal. Slaah satunya ialah balik awal la kan. Tapi kalau dalam keadaan sekarang, bos aku suka buat meeting lewat petang. Sudahnya balik lambat juga.
Ah rugi rugi masa bersama keluarga.
Kalau WP3 (8.30 -5.30) pun bagus juga. At least boleh uruskan budak-budak ke PASTI dulu sebelum bekerja. Tapi itulah, 5.30 petang baru boleh balik. Ah, dah lambat sangat tu.
Jadi, kekallah aku bekerja macam biasa.
Duduk rumah 3 hari, badan ada rasa nak demam, kepala pun ada pusing-pusing. Tapi tak stress maka penyakit tak melarat.
Nanti korang tengoklah, pergi kerja, walaupun ubat dah makan, banyak penyakit datang hinggap. Mana taknya, mental pun tak sedia nak kerja.
Apapun, macam biasa betulkan niat dulu.
Ku bekerja kerana Mu. Kau berkatilah rezekiku.
Amin.