Friday, December 10, 2010

sudah potong ka?

masih lagi belum entry Umar berkhatan. Banyak entry tertangguh ni nak kena clearkan. Hehe.

Bila ada anak lelaki ni, masalah yang paling utama ialah memastikan rambutnya sentiasa pendek. Piawai pendek pun berbeza-beza mengikut individu. Kemudiannya, anak-anak sekarang sudah pandai mahu berfesyen. Bukan anak remaja Kak Jie je yang pandai berfesyen tau, anak-anak semuda Hamzah pun tahu rambut kacak (pacak). Aduh, pusing kepala.

Umar pula tidak mahu rambut pendek sangat, mahu ditrim tepi dan bawah sahaja. Mahu macam faiz Waktu Rehat rancangan Disney Channel tu katanya.

Jadi minggu lepas, kami ke Muar untuk pasang speaker di kuda baru tu. Anak-anak bosan menunggu, maka aku bawalah berjalan-jalan tengok kedai. Tidak banyak kedai yang buka kerana sudah jam 6 petang.

Sejujurnya, aku suka Muar. Banyak deretan kedai-kedai yang menarik. Jika difikir-fikirkan, mungkin sebanyak kedai di Jusco Aeon. Cuma tidak ada kedai branded lah.

:)



Bila ternampak kedai gunting rambut, timbullah idea nak mengunting rambut anak-anak. Kebetulan juga sang suami sudah rimas dengan rambutnya. Sawda yang baru aku trimkan rambutnya siang itu pun tidak mahu ketinggalan.

Total amount was RM5x for 4 heads. Tak tahulah mahal ke biasa-biasa. Yang pasti kalau pergi gunting rambut kedai Mamak MPKR di Bandar HIlir baru RM5 sekepala.

Tak mengapalah, sekali sekala beri anak mengekspressikan diri. Nanti bila sekolah akan kembali dibuka, kedai mamak kita pergi ya.

2 comments:

Azrey Rozie Eiman said...

saya da masalah besar nak pujuk Hadeef gunting rambut. nie dah 3 bulan dia tak gunting rambut. rimas!

Wawa said...

i think it's kinda hard becos he has nobody as a model.

dulu masa umar kan, susah jugak. sampai dah 2 tahun lebih gotu still rambut menggerutu sbb we all yang kerjakan.

but then, bila hamzah dah ada, terus senang. hamzah pun 1 yr dah boleh poting rambut kat kedai. macam magic gitu.